ad
EXCO

Individu tidak sihat disaran pakai topeng

14 Feb 2020, 4:11 AM
Individu tidak sihat disaran pakai topeng

SHAH ALAM, 14 FEB: Penghidap demam, batuk dan selsema disaran memakai topeng hidung dan mulut serta mengelak diri berkunjung ke tempat awam, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata golongan yang sihat pula tidak perlu melakukan perkara sama kerana koronavirus 2019 (Covid-19) bukan dijangkiti melalui udara sebaliknya menerusi sentuhan.

"Sebab itu penting untuk menjaga kebersihan diri iaitu sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan bukan sekadar menggunakan cecair pembasmi kuman sahaja.

"Individu yang tidak sihat dinasihat berehat sahaja di rumah dan jika perlu keluar berjumpa doktor baharulah memakai topeng berkenaan," katanya.

Dr Siti Mariah berkata isu kekurangan stok topeng hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman pula tidak harus dikaitkan dengan Kerajaan Negeri disebabkan ketika ini barangan itu sedang mendapat permintaan tinggi.

"Saya percaya ia tidak disengajakan dan pembekal pasti berusaha mencari jalan mendapatkan stok terbabit," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.