ad
AGENSI

Ustaz Abdul Somad puji pengurusan sistematik masjid di Selangor

5 Feb 2020, 12:17 AM
Ustaz Abdul Somad puji pengurusan sistematik masjid di Selangor
Ustaz Abdul Somad puji pengurusan sistematik masjid di Selangor

SHAH ALAM, 5 FEB: Pendakwah tersohor dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad memuji pengurusan masjid di Selangor yang sistematik ketika menyampaikan ceramah di Stadium Malawati, malam tadi.

Beliau teruja melihat jadual tazkirah dan kuliah yang tertib untuk memudahkan orang ramai menghadiri program keagamaan.

"Ceramah masjid di sini sudah ditulis siap-siap seperti siapa penceramah, tajuk dan tarikhnya. Malah, tazkirahnya bermula selepas Maghrib berbanding di Indonesia pada jam 9 atau 10 malam," katanya pada Kuliah Perdana anjuran Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong di sini.

Program kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor turut dihadiri Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan ribuan hadirin sejak 7 petang.

Kuliah itu turut menampilkan seorang lagi pendakwah terkenal kelahiran Indonesia Habib Ali Zaenal Abidin yang menyampaikan tausiyah khas 'Menanti Syafaat Nabi'.

[caption id="attachment_382865" align="aligncenter" width="500"] Ribuan hadirin yang menghadiri Kuliah Perdana Bersama Ustaz Abdul Somad dan Habib Ali Zaenal Abidin di Stadium Melawati, Shah Alam pada 4 Februari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.