ad
AGENDA

Penerjun negara bimbang berlatih di China

1 Feb 2020, 2:13 AM
Penerjun negara bimbang berlatih di China

SHAH ALAM, 1 FEB: Penerjun negara lebih rela menjalani latihan persediaan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Malaysia berbanding kembali ke China yang sedang dilanda wabak koronavirus 2019.

Leong Mun Yee berkata, faktor kesihatan menjadi keutamaan sebelum mempertimbangkan keputusan untuk kembali ke sana,” lapor Berita Harian.

“Memang kita mahu kembali ke China tetapi berdasarkan situasi semasa ia memang susah (kembali ke China).

“Apa pun keselamatan perlu diberikan keutamaan. Saya juga percaya MSN (Majlis Sukan Negara) dan ASUM (Kesatuan Renang Amatur Malaysia) juga tidak membenarkan kami ke sana dan saya akan mengikut apa sahaja arahan daripada mereka,” kata atlet berusia 35 tahun itu.

Mun Yee bersama empat lagi penerjun Pandalela Rinong, Ng Yan Yee, Kimberly Bong dan Enrique Maccartney Harold serta dua jurulatih Li Rui dan Li Teng disahkan bebas wabak selepas menjalani saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Kumpur semalam.

Mereka turut menjalani pemeriksaan di Institut Sukan Negara di Bukit Jalil.

Berkongsi pengalaman di Chengdu, China ketika penularan wabak, Mun Yee berkata pada mulanya beliau bimbang namun dengan beberapa langkah keselamatan ia memberikan kelegaan kepadanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.