ad
ADN

Hasrat jadikan nurseri Pusat Kusta tarikan pelancong

31 Jan 2020, 1:11 PM
Hasrat jadikan nurseri Pusat Kusta tarikan pelancong

SHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri Paya Jaras berhasrat menjadikan nurseri di tapak bekas Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), Sungai Buloh sebagai destinasi tumpuan pelancong.

Mohd Khairuddin Othman bercadang menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan di lokasi berkenaan yang ingin diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco, agensi pendidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Saya akan cadangkan kerjasama ini dengan EXCO pelancongan dan pertanian. Bagaimanapun, buat masa ini idea lanjut belum ada kerana kita perlu membuat perancangan sebaik mungkin.

“Kita akan menaik taraf logistik termasuk landskap di kawasan nurseri (di PKKN) dan mengisi kawasan terbabit dengan acara bunga tahunan,” katanya yang juga EXCO pembangunan generasi muda, sukan dan pembangunan modal insan negeri.

Sungai Buloh selama ini dikenali sebagai pusat pengagihan tanaman hiasan dan juga dipenuhi dengan tapak-tapak nurseri yang menjual pelbagai jenis bunga dan anak pokok.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.