ad
ADN

Jalan Banting-Dengkil ditambah baik, elak kemalangan berulang

30 Jan 2020, 1:42 PM
Jalan Banting-Dengkil ditambah baik, elak kemalangan berulang
Jalan Banting-Dengkil ditambah baik, elak kemalangan berulang

BANTING, 30 JAN: Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat mengenal pasti beberapa penambahbaikan di KM 11 Jalan Banting-Dengkil susulan kemalangan yang meragut nyawa seorang murid perempuan.

Pegawai daerah Kuala Langat berkata tindakan jangka pendek itu akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan dari sekarang.

"Kami bercadang untuk memasang lampu biru berkelip, 'rumble strips', lampu jalan dan mengecat semula lintasan pejalan kaki, menambah road stud serta menebang pokok yang menghalang laluan," kata Mohd Jusni Hashim.

[caption id="attachment_381854" align="alignright" width="500"] ADN Dengkil, Adhif Syan Abdullah (tujuh dari kiri) bersama Pengawai Daerah Kuala Langat, Mohd Jusni Hashim (empat dari kiri) melawat lokasi kemalangan maut di KM 11 Jalan Banting-Dengkil, Olak Lempit pada 30 Januari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Bagi tindakan jangka panjang pula, beliau meminta Jabatan Kerja Raya menaik taraf jalan daripada dua kepada empat lorong bagi menampung kapasiti trafik dan lintasan pejalan kaki diganti dengan jejantas.

"Namun, pelan tindakan ini masih dalam kajian. Bila akan dilaksana kita belum pasti tetapi perkara ini sudah dipohon dalam Rancangan Malaysia ke-12 dan sedang tunggu kelulusan," katanya selepas lawatan khas bersama Ahli Dewan Negeri Dengkil Adhif Syan Abdullah ke lokasi kemalangan hari ini.

Pada 21 Januari lalu, Nur Aida Rafhanah Zaidi, 13, maut dalam insiden langgar lari ketika berjalan kaki ke sekolah manakala rakannya Aina Safiyah Saparin, 13, patah tangan kanan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.