ad
PENDIDIKAN

UTM hasil graduan berkualiti, sumbang ekonomi negara

30 Jan 2020, 2:30 AM
UTM hasil graduan berkualiti, sumbang ekonomi negara
UTM hasil graduan berkualiti, sumbang ekonomi negara

SHAH ALAM, 30 JAN: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) banyak melahirkan alumni berkualiti yang mampu menyumbang perkembangan positif terhadap pembangunan dan ekonomi negara, kata Presiden Pertubuhan Strategis Bersatunya.

Muhammad Anuar Solihin Zulkapli berkata selain sumbangan terhadap teknologi, alumni universiti terbabit turut menjadi tenaga pakar dalam pelbagai bidang diperlukan pada masa kini.

"Alumni UTM boleh membantu malahan universiti ini juga mempunyai ramai tenaga pakar yang banyak menyumbang kepada negara.

"Malah, kita optimis mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian akan lebih aktif untuk menyumbang dalam persatuan alumni universiti," katanya kepada SelangorKini selepas Majlis Minum Petang Jaringan Alumni Muda UTM di Best Western I-City di sini semalam.

[caption id="attachment_381707" align="aligncenter" width="670"] Presiden Pertubuhan Strategis Bersatu UTM Muhammad Anuar Solihin Zulkapli[/caption]

Majlis diadakan bagi mengumpul 50 alumni muda UTM sekitar Lembah Klang mulai 2010 dan fokus utama untuk mengeratkan jaringan antara pihak universiti serta bekas mahasiswa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.