ad
AGAMA

Mais usaha kekang fahaman Syiah, elak perpecahan masyarakat

28 Jan 2020, 8:06 AM
Mais usaha kekang fahaman Syiah, elak perpecahan masyarakat

SHAH ALAM, 28 JAN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berusaha mengekang 15 gerakan Syiah yang dikesan di negeri ini bagi mengelakkan fahaman itu menular kepada masyarakat.

Pengerusi Mais, Dato' Setia Mohammed Khusrin Munawi berkata pelbagai program dan penerangan dirangka bagi mengekang fahaman itu yang membawa perpecahan umat Islam.

"Setakat ini kakitangan kami sudah membuat pemantauan termasuk turun ke masjid dan juga sekolah-sekolah.

"Orang awam diberi penerangan supaya tidak terjebak dan Mais menyelitkan peringatan ancaman Syiah melalui khutbah Jumaat," katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Sijil Peguam Syarie Selangor di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Hakim Syarie Selangor, Dato' Mohammad Adib Husain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Mohd Shahzihan Ahmad.

Mohammed Khusrin berkata usaha perlu dipergiatkan bagi mengekang ancaman fahaman luar yang lebih bahaya seperti liberalisme dan pluralisme.

"Dalam menangani ancaman sebegini, peguam syarie sepatutnya berada di barisan hadapan dalam mempertahankan agama Islam agar tidak sewenang-wenangnya dipermainkan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.