ad
AGENDA

Matta: China gantung perjalanan gugat pelancongan seluruh dunia

27 Jan 2020, 2:25 AM
Matta: China gantung perjalanan gugat pelancongan seluruh dunia

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Halangan perjalanan oleh kerajaan China ke atas Wuhan dan tujuh bandar raya lain di negara itu susulan wabak koronavirus memberi kesan buruk kepada Malaysia, kata Datuk Tan Kok Liang.

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) berkata langkah China  akan menjejaskan industri pelancongan di negara ini, lapor New Straits Times.

"Matta berharap situasi itu hanya untuk tempoh yang singkat. Jika tidak, kesannya akan teruk kerana menjejaskan industri pelancongan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global," katanya.

Setakat ini, China mengesahkan angka korban susulan wabak itu meningkat kepada 80 orang dengan 769 kes baharu dikesan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.