ad
PBT

MBPJ perkenal aduan terbaharu menerusi WhatsApp

23 Jan 2020, 9:43 AM
MBPJ perkenal aduan terbaharu menerusi WhatsApp

SHAH ALAM, 23 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperkenalkan saluran aduan terbaharu menerusi aplikasi WhatsApp bagi penambahbaikan perkhidmatannya mulai 3 Januari lalu, kata datuk bandarnya.

Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata saluran terbabit membolehkan tindakan segera diambil dan orang ramai boleh membuat aduan semasa seperti kerosakan infrastruktur, kutipan sampah dan haiwan liar.

Katanya, pengguna boleh menggunakan talian 011-1201 7914 dengan memberikan segala butiran lengkap diperlukan bagi tujuan berkenaan.

"Waktu urusan saluran ini bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang iaitu pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MBPJ bil 1/2020 di sini hari ini.

Selain itu, MBPJ turut menyediakan alternatif lain iaitu e-mel aduan ([email protected]), talian (03-7954 2020), faks (03-7955 1804), Facebook mbpjaduan, sistem perhubungan pelanggan https://embpj.mbpj.gov.my/ dan aplikasi ‘eAduan MBPJ’ di peranti android playstore.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.