ad
AGENSI

Pekawanis beri nafas baharu program tadabbur

20 Jan 2020, 2:51 PM
Pekawanis beri nafas baharu program tadabbur

SHAH ALAM, 20 JAN: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) melancarkan logo sekretariat tadabbur bagi memberi nafas baharu kepada program itu, kata yang dipertuanya.

Masdiana Muhamad berkata pembaharuan program ilham penasihat pertubuhan Datin Seri Shamshida Taharin itu seiring kemajuan negeri dan memberi ruang kepada peserta menghayati kitab Allah.

"Bermula tahun ini, program tadabbur akan diisi dengan ceramah daripada pendakwah terkenal bagi memastikan peserta lebih menjiwai nilai kehidupan Islam," katanya selepas Majlis Tadabbur Al-Quran dan tazkirah khas sempena tahun baharu di kediaman rasmi Dato' Menteri Besar, di sini.

Hadir sama penaung Pekawanis Yang Amat Mulia Tengku Putri Datin Paduka Hajjah Arafiah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Program yang semakin dikenali ramai mencatatkan kehadiran 800 peserta hari ini.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.