ad
EXCO

Penularan penyakit influenza A tidak jejas kedatangan pelancong

17 Jan 2020, 11:27 AM
Penularan penyakit influenza A tidak jejas kedatangan pelancong

SEPANG, 17 JAN: Penularan penyakit influenza A tidak akan menjejaskan kedatangan pelancong ke Selangor sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, kata EXCO pelancongan.

Datuk Abdul Rashid Asari berkata penyakit itu disifatkan sebagai kes terpencil.

Bagaimanapun kata Abdul Rashid, pihaknya enggan mengambil mudah isu terbabit dan membuat pemantauan secara berterusan.

“Ia tidak melibatkan sektor pelancongan secara am, malah kebanyakan (isu influenza A) tidak dihebahkan kepada negara luar.

"Namun, jika terdapat pelancong yang datang ke sini dan mengalami penyakit mungkin sedikit sebanyak akan menjejaskan sektor pelancongan negara kita. Tetapi buat masa ini tiada rekod menunjukkan pelancong sakit,” katanya pada Majlis Sambutan Pembukaan Tahun Melawat Sepang 2020 hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.