ad
AGENSI

Pesta Buku Selangor bermula 27 Februari

17 Jan 2020, 8:42 AM
Pesta Buku Selangor bermula 27 Februari

SHAH ALAM, 17 JAN: Orang ramai dijemput memeriahkan Pesta Buku Selangor 2020  yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini mulai 27 Februari hingga 8 Mac ini.

Pesta selama 11 hari anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bermula pada jam 10 pagi hingga 9 malam manakala bagi Sabtu dan Ahad dilanjutkan hingga jam 10.30 malam.

"Pesta ini bukan sahaja mendidik masyarakat untuk menjadikan budaya membaca gaya hidup wajib tetapi juga pemahaman betapa pentingnya menggunakan pengetahuan di dunia nyata.

"Di sini anda akan menemui pelbagai buku dari dalam dan luar negara," katanya dalam kenyataan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.