ad
AGENDA

PRK Kimanis: Azmin seru pengundi tolak BN

17 Jan 2020, 2:05 AM
PRK Kimanis: Azmin seru pengundi tolak BN

KIMANIS, 17 JAN: Pengundi bagi Parlimen Kimanis diseru supaya menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada hari pengundian 18 April ni, kata Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden Keadilan itu berkata pengundi tidak perlu membuat keputusan sukar, sebaliknya memilih calon Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Bukan sukar untuk (pengundi) membuat keputusan, kita ada dua pilihan (pertama) parti Warisan yang peduli rakyat dan komited membangunkan Sabah, jadi kita perlu sokong Warisan.

“(Atau) Nak pilih BN yang mana (kebanyakan) pimpinan mereka kini sedang menunggu giliran untuk masuk ke penjara (berdepan pelbagai kes mahkamah),” katanya semasa berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Kimanis di Kampung Pimping, Membakut, malam tadi.

PRK itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan, Datuk Karim Bujang dengan calon BN, Datuk Mohamad Alamin.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.