ad
EXCO

Kerjasama semua perlu tangani sampah haram, tambak pecah

14 Jan 2020, 1:42 PM
Kerjasama semua perlu tangani sampah haram, tambak pecah
Kerjasama semua perlu tangani sampah haram, tambak pecah

PETALING JAYA, 14 JAN: Ir Izham Hashim berasa kecewa dengan isu pembuangan sampah haram yang sering berulang di Sungai Klang hingga mengakibatkan tambak sungai dibina Kerajaan Negeri musnah.

EXCO infrastruktur kemudahan awam permodenan pertanian dan industri asas tani berkata semua pihak perlu bekerjasama membuat pemantauan dan melaporkannya kepada pihak berkuasa supaya insiden itu dapat ditangani.

"Kita menerima aduan longgokan sampah domestik dan industri yang sering dibuang ke kawasan tebing sungai hingga tambak dirobohkan bagi tujuan itu sedangkan pembinaannya untuk mengawal banjir.

"Saya tidak boleh terima situasi ini kerana air adalah nadi kehidupan dan Kerajaan Negeri sedaya upaya mengelak insiden gangguan bekalan air,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan tapak pembuangan sampah haram berhampiran Tapak Perkuburan Islam Taman Medan di sini hari ini.

[caption id="attachment_378366" align="aligncenter" width="670"] EXCO Kerajaan Negeri, Ir Izham Hashim ketika ditemui media selepas tinjauan sampah haram di Taman Medan, Petaling Jaya pada 14 Januari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Ir Izham berkata Kerajaan Negeri akan membaik pulih segera tambak yang pecah di sepanjang sungai di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

“Dalam usaha ke arah Negeri Pintar, kita mahu Selangor bukan menjadi lubuk sampah, maka sampah ini akan dibersihkan di bawah program Selangor Maritime Gateway,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri berkata terdapat lapan kawasan pembuangan sampah haram dikenal pasti di kawasannya dan mahu Kerajaan Negeri mencari jalan penyelesaian.

“Di tebing sungai ini, bukan hanya sampah dibuang tetapi najis lembu. Binaan haram di kawasan ini juga perlu diroboh dan lembu dipindahkan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.