ad
AGENDA

Pesawat Boeing 737-800 Ukraine bawa 180 terhempas berhampiran Tehran

8 Jan 2020, 4:07 AM
Pesawat Boeing 737-800 Ukraine bawa 180 terhempas berhampiran Tehran
Pesawat Boeing 737-800 Ukraine bawa 180 terhempas berhampiran Tehran

TEHRAN 8 JAN: Pesawat Boeing 737 membawa 180 penumpang dan anak kapal dilaporkan terhempas sejurus berlepas dari ibu negara Iran.

Agensi Berita AL-JAZEERA melaporkan pesawat itu terhempas berhampiran lapangan terbang Imam Khomeini di Tehran

Menurut media Iran, jet Boeing 737-800 terhempas di Parand, pinggir bandar Teheran sejurus berlepas.

Menurut portal penerbangan Flightview, Penerbangan Antarabangsa Penerbangan Ukraine 752 dijadualkan berlepas pada 5:15 pagi waktu Tehran menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil di ibu negara Ukraine di Kiev.

Waktu pelepasan sebenar ditangguhkan pada jam 6:12 pagi.

[caption id="attachment_376780" align="aligncenter" width="451"] Data penerbangan yang disediakan Flight Radar 24. Sumber: FLIGHT RADAR24[/caption]

FOTO SUMBER: FLIGHT RADAR24

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.