ad
AGENDA

Rakyat Malaysia di Timur Tengah dinasihat daftar diri di kedutaan

8 Jan 2020, 12:08 AM
Rakyat Malaysia di Timur Tengah dinasihat daftar diri di kedutaan

PUTRAJAYA, 8 JAN: Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal atau dalam perjalanan ke Timur Tengah dan rantau Teluk supaya lebih berhati-hati serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan mereka.

Beliau juga menggesa mereka yang masih belum mendaftar diri dengan misi diplomatik Malaysia supaya berbuat demikian di kedutaan terdekat atau konsulat jeneral Malaysia dengan segera, katanya.

"Pendaftaran boleh dilakukan menerusi e-mel," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas belia mengenai hal ehwal luar dan diplomasi di Wisma Putra di sini.

Berikutan misi diplomatik Malaysia yang tidak aktif di Iraq, Syria dan Yaman, Saifuddin berkata rakyat Malaysia yang tinggal, bekerja atau melancong di sekitar rantau itu perlu mendaftar dengan kedutaan berikut:

* Rakyat Malaysia di Iraq mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan;

* Mereka yang berada di Syria, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Beirut, Lubnan;

* Rakyat Malaysia di Yaman, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Muscat, Oman.

Saifuddin juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke rantau berkenaan.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.