ad
BERITA UTAMA

Lipas di dapur, restoran kotor diarah tutup dua minggu

6 Jan 2020, 11:35 PM
Lipas di dapur, restoran kotor diarah tutup dua minggu

BANTING, 7 JAN: Sebuah restoran di Telok Panglima Garang di sini diarah tutup selama dua minggu oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) selepas mengabaikan kebersihan premis.

Yang Dipertuanya berkata arahan penutupan dibuat mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 62(b) Establisymen Makanan (2007) MDKL.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis ini bukan sahaja beroperasi dalam persekitaran kotor, malah lebih menjijikkan kami menjumpai lipas di dapur.

“Justeru, premis ini terpaksa ditutup serta merta bagi mengelakkan keracunan makanan," kata Mohamad Zain A Hamid dalam kenyataan semalam.

Katanya pemilik restoran turut diarah melakukan pembersihan segera dalam tempoh 14 hari.

“Kami akan sentiasa memeriksa dan memantau premis makanan di daerah ini bagi memastikan masyarakat berasa selamat untuk makan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.