ad
PBT

Prestasi hasil, perbelanjaan MPK catat peningkatan

30 Dis 2019, 8:45 AM
Prestasi hasil, perbelanjaan MPK catat peningkatan

KLANG, 30 DIS: Sebanyak RM265.9 juta prestasi hasil Majlis Perbandaran Klang (MPK) sehingga November lalu sekali gus mencatatkan peningkatan berbanding RM254.5 juta tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Yang Dipertuanya, Elya Marini Darmin berkata, jumlah hasil itu meningkat RM11.37 juta iaitu empat peratus berbanding tahun lalu.

"Jumlah perbelanjaan pula sebanyak RM219.9 juta sehingga November lalu sekali gus mencatatkan peningkatan RM6.24 juta iaitu tiga peratus berbanding tempoh sama pada 2018.

"Secara keseluruhan, jumlah hasil berbanding perbelanjaan meningkat sebanyak RM5.13 juta iaitu 13 peratus berbanding tempoh sama pada 2018," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK Bil 12/2019 di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi, di sini, hari ini.

Turut hadir, Orang Besar Daerah Klang, Dato’ Setia Diraja Dato’ Abdul Ghani Pateh Akhir.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.