ad
ADN

Sumbangan persekolahan untuk 381 kanak-kanak DUN Sementa

14 Dis 2019, 8:06 AM
Sumbangan persekolahan untuk 381 kanak-kanak DUN Sementa

SHAH ALAM, 14 DIS: Seramai 381 kanak-kanak di bawah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa menerima sumbangan peralatan persekolahan, semalam.

Ahli Dewan Negerinya, Dr Daroyah Alwi berkata, sumbangan itu bagi membantu kanak-kanak berkenaan mempersiapkan diri untuk kemasukan ke Tahun Satu sesi persekolahan.

"Tahniah kepada peserta terlibat dan semoga bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa sekali gus memberi sinar kegembiraan kepada mereka.

"Namun, kepada penerima yang belum sempat mengambil sumbangan ini anda boleh hadir ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sementa untuk menebus," katanya menerusi kenyataan di Facebook Daroyah Alwi.

Daroyah yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor berkata, orang ramai boleh berkunjung ke PKM DUN Sementa minggu hadapan dari Isnin hingga Jumaat pada waktu bekerja dengan membawa MyKid peserta.

Sumbangan itu disampaikan pada Program Kembali Ke Sekolah anjuran PKM DUN Sementa bersama Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.