ad
EXCO

Pelancong meningkat kepada 5.38 juta setakat September

10 Dis 2019, 4:56 AM
Pelancong meningkat kepada 5.38 juta setakat September
Pelancong meningkat kepada 5.38 juta setakat September

SHAH ALAM, 10 DIS: Jumlah kedatangan pelancong di Selangor mencatatkan peningkatan empat peratus dalam tempoh sama tahun lalu iaitu 5.38 juta, sehingga September.

EXCO Kebudayaan, Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan jumlah kedatangan pelacong seramai 7.7 juta orang untuk tahun ini.

"Untuk 2020, Kerajaan Negeri mensasarkan jumlah kedatangan pelancong seramai 7.7 juta seiring dengan pelaksanaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Graduasi Hos Komuniti, pada 7 Oktober lalu.

[caption id="attachment_371014" align="aligncenter" width="727"] Datuk Abdul Rashid Asari bersama Pemangku Pengurus Besar Tourism Selangor, Mohammad Zaim Mohammad Nashir menerima penerangan tentang peta budaya daerah yang dihasilkan oleh graduan Hos Komuniti Selangor. - Foto Tourism Selangor[/caption]

Terdahulu, sektor pelancongan di Selangor dijangka menjana pendapatan lebih RM10 bilion pada tahun ini, dengan sasaran 9 juta kedatangan pelancong tahun ini.

"Kita begitu giat mengadakan program pelancongan, dan lawatan ke luar negara untuk mempromosi Selangor sebagai negeri yang harus dilawati.

"Selangor mempunyai keunikan dengan pelbagai makanan dan produk pelancongan serta diiktiraf Majlis Pelancongan Malaysia sebagai destinasi pilihan pada tahun lepas," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.