ad
EXCO

217 persatuan kuil terima bantuan RM1.7 juta

25 Nov 2019, 8:17 AM
217 persatuan kuil terima bantuan RM1.7 juta

SHAH ALAM, 25 NOV: Sebanyak 217 buah kuil di seluruh negeri menerima peruntukan RM1.7 juta melalui peruntukan rumah ibadat bukan Islam tahun ini.

EXCO Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, sumbangan itu bagi membolehkan kuil berkenaan menjalankan pelbagai aktiviti membabitkan masyarakat India.

"Sumbangan fasa akhir hari ini membabitkan peruntukan RM311,000 kepada 37 persatuan kuil, sekali gus membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada penganut agama bukan Islam di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Peruntukan Rumah Ibadat Bukan Islam (Kuil) Fasa 6/2019 serta Penyerahan Bantuan Yuran Pengajian IPTA/IPTS Fasa 8 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Ganabatirau turut menyampaikan Bantuan Yuran Pengajian Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta fasa lapan kepada 10 pelajar.

"Saya berharap penerima dapat memanfaatkan sumbangan Kerajaan Negeri demi kemajuan komuniti India di Selangor," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.