ad
ADN

Serah projek kepada pihak ketiga bukan amalan di Selangor

11 Nov 2019, 9:59 AM
Serah projek kepada pihak ketiga bukan amalan di Selangor

SHAH ALAM, 11 NOV: Tindakan menyerahkan projek kepada pihak ketiga oleh syarikat pemenang tender atau biasanya disebut sebagai 'sub projek' bukan amalan Kerajaan Negeri hari ini.

Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham berkata, tindakan yang popular ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) itu menyebabkan kualiti kerja yang dilaksanakan tidak mencapai piawaian ditetapkan.

"Bila sesuatu kerja disub sehingga beberapa kali kepada satu pihak dan satu pihak lain, pasti mereka akan mengambil keuntungan sekali gus menyebabkan pihak melaksanakan kerja itu menyiapkan projek dengan kualiti rendah.

"Bagaimanapun perkara ini berlaku di era BN sahaja, bukan di era Kerajaan PAKATAN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2020 bagi Jabatan Kerja Raya Selangor berjumlah RM178 juta.

Muhammad Hilman berkata, Kerajaan Negeri juga digesa supaya mengelakkan berlakunya monopoli dalam sebarang projek kerajaan.

Katanya, sebaliknya Kerajaan Negeri perlu membiarkan persaingan sihat antara syarikat swasta dan anak syarikat Kerajaan Negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.