ad
AGENDA

10-12 Februari bicara kes tidak hormat Negaraku

11 Nov 2019, 3:55 AM
10-12 Februari bicara kes tidak hormat Negaraku

KUCHING, 11 NOV: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 10 hingga 12 Februari tahun hadapan bagi perbicaraan kes membabitkan tujuh individu yang tidak menghormati lagu Negaraku.

Majistret Nuruhuda Mohd Yusuf menetapkan tarikh itu bagi perbicaraan kes tersebut ke atas Leong Shaow Tung, 43, Kon Tai Keong, 37, Bong Sak Sin, 44, Andrew Chong, 33, Phang Ngin Pen, 64, Tan Kok Chiang dan Kui Ping Ping masing-masing berusia 46 tahun.

Menurut kertas pertuduhan, kesemua mereka tidak berdiri sebagai tanda hormat ketika lagu Negaraku berkumandang dalam satu majlis makan malam di Hotel Telang Usan pada pukul 7.15 malam 27 September lalu.

Tertuduh yang terdiri daripada seorang wanita dan enam lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 8(3) Akta Lagu Kebangsaan 1968, yang dibaca sekali di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 atau penjara tidak melebihi sebulan, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh diwakili peguam Arthur Lee dan Ian Lee Yi Eng manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Raya, Nurfadzlin Hafiz Musa.

Pada 11 Oktober lalu, ketujuh-tujuh mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terbabit.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.