ad
AGENDA

MTUC harap rundingan telus pindaan akta perburuhan

10 Nov 2019, 11:12 PM
MTUC harap rundingan telus pindaan akta perburuhan

KUALA LUMPUR, 11 NOV: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berharap mesyuarat jawatankuasa teknikal berhubung pindaan ke atas undang-undang perburuhan bersama Kementerian Sumber Manusia hari ini di Putrajaya diadakan secara telus.

Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, mesyuarat kali kedua itu memerlukan perbincangan terperinci memandangkan terdapat cadangan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Kerja 1955 memerlukan kajian menyeluruh.

“Kita perlu lihat secara holistik impak pindaan sesuatu akta dan apabila ia merupakan pindaan selepas 60 tahun, sudah tentu kita tidak boleh tergesa-gesa dalam membuat keputusan... kita perlukan masa,” katanya.

Bernama sebelum ini melaporkan, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, mesyuarat tersebut yang dijadual berlangsung Isnin lepas ditangguhkan kepada esok atas sebab tertentu.

Beliau berkata mesyuarat tersebut akan diadakan dengan semua pihak berkepentingan termasuk MTUC, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) bagi memperhalusi semua cadangan berhubung pindaan berkenaan.

Majlis sambutan tersebut dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Amir Omar dan dihadiri lebih 700 warga MTUC.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.