ad
AGENDA

RiDE galak anak muda ceburi e-hailing

10 Nov 2019, 12:21 AM
RiDE galak anak muda ceburi e-hailing

SHAH ALAM, 10 NOV: Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang diumumkan dalam Belanjawan #Selangor 2020 bukan sekadar membantu anak muda memperolehi lesen motorsikal.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari sebaliknya berkata, subsidi bernilai RM350 itu juga sebagai galakkan penerima menceburi bidang 'e-hailing' seperti Foodpanda, Grabfood dan lain-lain.

"Perkara asas yang diperlukan adalah lesen dan motorsikal dan saya lihat perkembangannya cukup pantas dan positif di Malaysia.

"Ini boleh membantu miskin bandar dan ini antara rancangan kita membantu anak muda kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media program Mini Ekspo Usahawan Selangor (MEXUS) Daerah Gombak 2019 di Melawati Mall di sini, semalam.

Amirudin berkata, langkah ini juga mampu mengurangkan kadar pengangguran di Selangor.

Terdahulu, inisiatif RiDE yang dibentangkan Belanjawan #Selangor 2020 bakal memberi manfaat kepada hampir 3,000 anak muda di seluruh Selangor terutama golongan miskin bandar.

Ia adalah kepedulian Kerajaan Negeri terhadap trend ‘gig economy’ yang semakin meluas di negara ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.