ad
AGENSI

Laporan khas Belanjawan Selangor 2020 di SelangorKini

5 Nov 2019, 7:33 AM
Laporan khas Belanjawan Selangor 2020 di SelangorKini
Laporan khas Belanjawan Selangor 2020 di SelangorKini

SHAH ALAM, 5 NOV: Pembaca boleh menyemak dasar-dasar utama Belanjawan Selangor 2020 dalam edisi khas akhbar SelangorKini yang diterbitkan pada 2 November lalu.

Laporan pembentangan ucapan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari mula diedar dengan tangan di kawasan tumpuan ramai di bandar utama di negeri ini sejak tarikh tersebut.

Syarikat pengedar Promosel Communication mengagihkan 80,000 naskhah edisi itu di Gombak, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

Selain edaran tangan, akhbar edisi khas itu juga diedar melalui pusat khidmat wakil-wakil rakyat di seluruh negeri dan masjid-masjid minggu ini.

Edisi e-akhbar laporan Belanjawan Selangor 2020 turut dimuatkan di laman web AmirudinShari.com dan portal Selangorkini.my (e-Selangorkini).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.