ad
AGENDA

Dasar Rahmatan Lil Alamin dilaksana sepenuhnya tahun depan

26 Okt 2019, 11:08 AM
Dasar Rahmatan Lil Alamin dilaksana sepenuhnya tahun depan

PARIT BUNTAR, 26 OKT: Pelaksanaan sepenuhnya dasar Rahmatan lil Alamin dalam pentadbiran kerajaan dijangka dapatkan dilakukan pada tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata semua proses untuk melaksanakan dasar tersebut telah diambil termasuk mendapatkan persetujuan serta perkenan daripada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam pada 14 Mac lalu serta Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Jun lalu.

"Semua kementerian juga telah setuju, ia telah dibahaskan dan semua memberikan maklum balas positif, jadi ini bermaka dasar ini akan dipakai, saya ada ruang untuk sampaikan dasar ini untuk mengisi pentadbiran Islam dalam negara.

"Kita ada bajet RM10 juta untuk melaksanakan promosi dan taklimat serta pembudayaan Maqasid Syariah dan Rahmatan lil Alamin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan 100 tahun Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Selama, dekat ini, hari ini.

Semalam, Mujahid, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, berkata kertas pelaksanaan dasar pentadbiran Islam baharu melalui pendekatan Rahmah sudah dipersetujui dan mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri, pada Jumaat.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.