ad
AGENSI

KESAS beri diskaun tol 10 peratus hari Deepavali

25 Okt 2019, 1:00 PM
KESAS beri diskaun tol 10 peratus hari Deepavali

SHAH ALAM, 25 OKT: Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) menawarkan diskaun 10 peratus bagi kenderaan kelas satu sempena perayaan Deepavali pada Ahad ini.

KESAS Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, semua kenderaan kelas satu itu akan menikmati diskaun tol berkenaan bermula pada Ahad ini bermula pukul 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam.

“Dianggarkan 250,000 kenderaan bakal menikmati diskaun tol 10 peratus itu dengan harga RM1.80. Dengan diskaun berkenaan juga, KESAS menjangkakan jumlah subsidi yang diberikan bagi tempoh itu adalah sebanyak RM50,000,” menurut kenyataan itu.

Katanya, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi KESAS di talian 03-56337188 atau melayari laman web www.kesas.com.my serta platform media sosial facebook/lebuhrayashahalam dan laman Twitter @kesastrafik.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.