ad
AGENSI

Raja Muda Selangor cemar duli sempena Bulan Sukan Negara

20 Okt 2019, 9:22 AM
Raja Muda Selangor cemar duli sempena Bulan Sukan Negara
Raja Muda Selangor cemar duli sempena Bulan Sukan Negara

BANGI, 20 OKT: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah al Haj berkenan berangkat ke Program Bulan Sukan Negara di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, hari ini.

Baginda turut mencemar duli menyertai acara Fun Run 10 kilometer, sekali gus menjadi simbolik perasmian program peringkat Selangor.

[caption id="attachment_359785" align="alignleft" width="500"] Tengku Amir Shah berjaya menghabiskan larian sejauh 10km dalam Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Selangor 2019 berlangsung di Bandar Baru Bangi. Foto SELANGOR ROYAL OFFICIAL[/caption]

Hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong dan EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairudddin Othman.

Sementara itu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dalam kenyataan berkata, sambutan berkenaan adalah agenda nasional yang merangkumi pembabitan dan penyertaan sektor awam, swasta dan segenap lapisan masyarakat.

"Kami mahu merealisasikan hasrat Kerajaan bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga ia menjadi satu budaya hidup.

"Pada masa sama ia mampu memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum," katanya.

Pada 14 Oktober lalu, Pra Pelancaran Bulan Sukan Negara Peringkat Selangor dirasmikan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari di Dewan Jubli Perak SUK.

Untuk tahun ini, pelaksanaannya menyasarkan penyertaan seramai lima juta peserta di seluruh negara, dan satu juta penyertaan di peringkat Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.