SELANGOR

Proses bekalan benih padi di peringkat akhir

18 Okt 2019, 6:44 AM
Proses bekalan benih padi di peringkat akhir

KLANG, 18 OKT: Benih padi akan dibekalkan sebaik sahaja proses akhir penyediaan benih diselesaikan termasuk dalam aspek penetapan harga.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, proses ini turut membabitkan pemantauan ketat kualiti benih bagi mengelakkan penularan penyakit terhadap padi.

"Pada masa ini pihak di bawah Kementerian Pertanian sedang aturkan bakalan termasuk dalam aspek harga.

"Benih dikeluarkan beberapa pembekal sebelum ini terpaksa dihentikan kerana beberapa penyakit sebab itulah kita tak nak edarkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri lawatan ke program Sekolah Pemimpin Masa Hadapan Malaysia Kohort 11 di Kem Wawasan Negara Meru, Kampung Bukit Cherakah di sini, hari ini.

Amirudin berkata, jika benih berpenyakit dibenarkan bakal menimbulkan wabak penyakit padi sekali gus memberi kesan serius terhadap pengeluaran padi.

Katanya, selain membuat pemantauan ketat, Kerajaan Negeri turut menilai aspek lain seperti sama ada bantuan diperlukan atau sebaliknya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.