AGENDA

Ringgit kekal berbanding dolar AS

15 Okt 2019, 2:12 AM
Ringgit kekal berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar US hari ini dengan para pelabur kekal tidak memasuki pasaran dengan isu Brexit menjadi kebimbangan utama mereka, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.1860/1900 berbanding dolar US daripada 4.1860/1900 semasa ditutup pada Isnin.

"Britain dijadualkan keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Oktober, dan sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) bermula Khamis ini akan menjadi peluang terakhir bagi kedua-dua pihak (Britain dan EU) untuk mencapai persetujuan dengan sebarang perjanjian sebelum tarikh akhir itu," kata peniaga itu. .

Beliau berkata harga minyak mentah yang lebih rendah, yang kini turun 0.34 peratus kepada US$59.15 setong, tidak memberi sokongan kepada mata wang tempatan.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.8623/8671 daripada 3.8702/8746 dan naik berbanding Euro kepada 4.6146/6203 daripada 4.6197/6258.

Berbanding dolar Singapura, mata wang tempatan turun kepada 3.0579/0620 daripada 3.0557/0597 dan susut kepada 5.2756/2828 daripada 5.2259/2618 berbanding pound Britain.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.