ad
AGENDA

PAKATAN tidak minat tubuh kerajaan baharu dengan pembangkang

8 Okt 2019, 4:17 AM
PAKATAN tidak minat tubuh kerajaan baharu dengan pembangkang

KUALA LUMPUR, 8 OKT: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PAKATAN) tidak berminat bekerjasama dengan pembangkang dalam menubuhkan kerajaan baharu seperti yang dicadangkan seorang pemimpin UMNO.

"Kita tidak berminat untuk buat itu (penubuhan kerajaan baharu). Kita sedar negara kita adalah negara berbilang kaum. Setiap kerajaan sejak merdeka sehingga sekarang mempunyai ahli-ahli kabinet terdiri daripada semua kaum," kata pengerusi PH itu kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dalam kenyataan semalam dilaporkan mempelawa Dr Mahathir untuk menubuhkan sebuah kerajaan baharu dengan kerjasama Barisan Nasional, PAS, serta parti dari Sabah dan Sarawak demi kedudukan Melayu dan Islam.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata, hakikatnya adalah semua kaum di Malaysia mempunyai hak dalam negara ini.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.