AGENDA

Twitter alami kerosakan global

2 Okt 2019, 12:26 PM
Twitter alami kerosakan global

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Twitter dan aplikasi urusan dashboard bagi Twitter, dipanggil TweetDeck mengalami gangguan bagi sejumlah besar pengguna selepas gergasi media sosial itu mengalami kerosakan global.

“Kami mengalami gangguan pada sebahagian besar Twitter dan TweetDeck. Anda mungkin mengalami masalah melakukan Tweeting, mendapatkan notifikasi, atau melihat DMs.

“Kami sedang berusaha membaiki kerosakan dan keadaan harus kembali normal dalam sedikiti masa,” demikian menurut Twitter Support yang mengirim notis di halamannya pada tengah hari.

Terdahulu, Tweetdeck mengalami gangguan dan isu berkenaan dipercayai bermula pada jam 8 malam hari Selasa di wilayah tertentu dan pada jam 11 pagi hari Rabu.

Bernama mendapati pengguna yang cuba melakukan log-in ke TweetDeck diarahkan ke laman web Twitter biasa.

Menurut Laporan Kerosakan, laman itu tidak dapat diakses di seluruh Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara dan Selatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.