ad
AGENSI

74,935 calon duduki PT3 di Selangor

2 Okt 2019, 5:14 AM
74,935 calon duduki PT3 di Selangor

SHAH ALAM, 2 OKT: Seramai 74,935 calon menduduki ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di 326 pusat peperiksaan di Selangor bermula semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Muhamad Radzi Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 267 pusat dibuka bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

"Sementara Pusat Sekolah Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia (267), Pusat Sekolah Swasta Jabatan Agama Islam Selangor (21), Pusat Calon Persendirian (5) dan Pusat Tahanan (2)," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Sementara itu lebih 400,000 pelajar di seluruh negara menduduki PT3 dengan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 bermula pada Selasa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.