ad
AGENDA

MB ucap selamat berjaya kepada calon PT3

2 Okt 2019, 5:09 AM
MB ucap selamat berjaya kepada calon PT3

SHAH ALAM, 2 OKT: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengucapkan selamat berjaya kepada calon yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), bermula semalam.

"Saya doakan semoga anda diberi kelapangan, kemudahan dalam menjawab dan diberi kesihatan serta kebijaksanaan.

"Perjuangan anda diiringi doa dan restu dari ayah dan ibu. Semoga berjaya dalam peperiksaan dan meneruskan kecemerlangan dalam kehidupan pada masa akan datang," tulisnya di Instagram peribadinya, hari ini.

Di Selangor, seramai 74,935 calon menduduki ujian PT3 di 326 pusat peperiksaan bermula semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Muhamad Radzi Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 267 pusat dibuka bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Sementara Pusat Sekolah Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia (267), Pusat Sekolah Swasta Jabatan Agama Islam Selangor (21), Pusat Calon Persendirian (5) dan Pusat Tahanan (2).

Sementara itu lebih 400,000 pelajar di seluruh negara menduduki PT3 bermula semalam dengan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.