ad
AGENSI

SAOW di Plaza Shah Alam Sabtu ini

25 Sep 2019, 1:54 PM
SAOW di Plaza Shah Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 25 SEPT: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Plaza Shah Alam, Seksyen 9, di sini, pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, waktu pengoperasian pejabat bergerak itu bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

"Perkhidmatan SAOW disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

"Pejabat bergerak ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta dan kaunter aduan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrin berkata, perkhidmatan itu diharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan untuk manfaat masyarakat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.