AGENDA

Kuching, Samarahan catat penurunan IPU

23 Sep 2019, 12:23 AM
Kuching, Samarahan catat penurunan IPU

KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Dua kawasan di Sarawak mencatatkan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) iaitu di Kuching dan Samarahan masing-masing kepada 91 dan 95 yang dikategorikan sebagai sederhana setakat 11 malam semalam.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) , Kuching dan Samarahan sebelum ini mencatat bacaan tidak sihat dengan bacaan IPU 103 dan 111, 7 malam.

Sementara itu, Johan Setia di Klang masih menunjukkan peningkatan bacaan IPU sangat tidak sihat kepada 223 setakat malam, berbanding 221 pada sejam sebelumnya.

Beberapa kawasan yang masih mengekalkan bacaan IPU tidak sihat adalah Tasek Ipoh (177), Shah Alam (167), Putrajaya (166), Kuala Selangor (178) dan Nilai, Negeri Sembilan (174).

Sri Aman di Sarawak turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU kepada 162 berbanding 152 pada 10 malam semalam manakala Kluang di Johor merupakan kawasan baharu yang mencatat peningkatan pada malam semalam, dengan bacaan 106, berbanding bacaan 98 pada pukul 7 malam.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.