AGENDA

Maybank Islamic peruntuk RM352,000 kepada pelajar di Indonesia

15 Sep 2019, 7:46 AM
Maybank Islamic peruntuk RM352,000 kepada pelajar di Indonesia

JAKARTA, 15 SEPT: Maybank Islamic Berhad memperuntukkan RM352,000 menerusi inisiatif bantuan zakat pelajaran kepada pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian tinggi Islam di Indonesia.

Menurut Ketua Pengurusan Wakaf dan Zakat Maybank Berhad, Azhar Alias, sebanyak 176 pelajar, masing-masing mendapat bantuan zakat sebanyak RM2,000.

"Jumlah penerima itu adalah sebanyak 61 peratus permohonan yang telah diluluskan, 27 peratus lagi masih dalam proses semakan dan 12 peratus permohonan telah ditolak atas sebab tertentu," katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking, anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia yang turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar.

Pengarah Education Malaysia di Indonesia, Prof Madya Dr Mior Harris Mior Harun, berkata, bantuan zakat itu diharap dapat membantu pelajar yang mengikuti pengajian yang terdiri dalam kalangan keluarga B40.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.