ad
AGENDA

Bekas Menteri Pengajian Tinggi meninggal dunia

11 Sep 2019, 4:21 AM
Bekas Menteri Pengajian Tinggi meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Bekas Menteri Pengajian Tinggi, Tan Sri Shafie Mohd Salleh, 73, meninggal dunia di Hospital Selayang, pagi ini.

Menurut Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Ahmad Sabri Saad, Allahyarham yang juga merupakan Ketua Pengakap Negara meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi tadi akibat komplikasi dalam perut.

"Jenazah sedang dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang. Solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Makmur, Kampung Ginching, Salak Tinggi Sepang selepas Zuhur ini seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran,” katanya kepada Bernama.

Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Prof Emeritus Dr. Hajah Mizan Adilah Ibrahim dan tiga orang anak.

Selain pernah memegang jawatan Menteri Pengajian Tinggi, Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Ketua Pusat Penyelidikan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selama lima tahun dan kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Bahagian, Kementerian Sumber Manusia dan juga Setiausaha Penyelidikan di bahagian Analisis Dasar Pusat Kajian Pembangunan Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.