AGENDA

Kastam siasat video aksi lucah babit anggota

7 Sep 2019, 12:19 AM
Kastam siasat video aksi lucah babit anggota

KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menyiasat video yang memaparkan aksi lucah membabitkan anggotanya yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Paddy Abdul Halim berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut yang dipercayai dirakam tahun lepas.

“Pihak Kastam sedang menyiasat perkara tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan demi menjaga dan menutup aib pihak terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Sejak 5 September lalu, sembilan klip video memaparkan aksi lucah seorang pegawai berpakaian seragam sebuah agensi penguatkuasaan mula tersebar menerusi aplikasi Whatsapp sebelum tular di laman sosial.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.