AGENDA

Mahathir-Modi adakan mesyuarat dua hala di Rusia

5 Sep 2019, 2:32 AM
Mahathir-Modi adakan mesyuarat dua hala di Rusia

VLADIVOSTOK (Rusia), 5 SEPT: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi mengadakan mesyuarat dua hala sebelum Sidang Kemuncak Ekonomi Timur selama tiga hari yang bermula tengah hari ini.

Dr Mahathir, yang tiba di sini semalam dan Modi akan menghadiri forum ekonomi itu yang berlangsung di bandaraya pelabuhan utama ini, yang terletak di Timur Jauh Rusia.

Ini merupakan pertemuan kedua antara kedua-dua pemimpin. Pertemuan pertama diadakan pada 31 Mei tahun lepas semasa Perdana Menteri India itu mengunjungi Dr Mahathir di Putrajaya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.