AGENDA

Agong tiba di Tawau lawat mangsa kebakaran

1 Sep 2019, 10:56 AM
Agong tiba di Tawau lawat mangsa kebakaran

TAWAU, 1 SEPT: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Lapangan Terbang Tawau hari ini pada pukul 5.25 petang untuk berangkat melawat mangsa kebakaran Kampung Otentik, Tanjung Batu Keramat.

Keberangkatan tiba Sultan Abdullah disambut oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Esok pagi, Seri Paduka akan melawat mangsa kebakaran di kampung berkenaan dan dijangka menyampaikan sumbangan kepada mangsa terlibat.

Dalam kebakaran pada malam Isnin lepas, 511 orang terjejas dengan 69 rumah musnah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.