AGENDA

Tiket Malaysia lawan Indonesia di Jakarta mula dijual

30 Ogos 2019, 3:04 AM
Tiket Malaysia lawan Indonesia di Jakarta mula dijual

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Penyokong skuad bola sepak kebangsaan yang berhasrat menyaksikan aksi pembukaan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Indonesia di Jakarta pada 5 September ini sudah boleh membeli tiket perlawanan, yang dijual bermula hari ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebooknya memaklumkan, tiket untuk perlawanan berkenaan yang dijual pada harga RM112.75 boleh dibeli secara dalam talian di laman sesawang https://my.bookmyshow.com, iaitu rakan pengendali tiket dalam talian bagi Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI).

Bernama difahamkan PSSI memperuntukkan sebanyak 3,000 keping tiket kepada penyokong skuad Harimau Malaya untuk menyaksikan perlawanan berkenaan yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Selepas menentang Indonesia, Malaysia bakal melayan kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.