ad
EXCO

SLIM Selangor dapat sambutan, diperluas ke jabatan lain

28 Ogos 2019, 1:18 PM
SLIM Selangor dapat sambutan, diperluas ke jabatan lain
SLIM Selangor dapat sambutan, diperluas ke jabatan lain

SHAH ALAM, 28 OGOS: Program SLIM Selangor yang bermula di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jun lalu semakin mendapat sambutan penjaw at awam Selangor.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, program ini akan diperluaskan ke jabatan dan agensi Kerajaan Negeri yang lain.

"Bagi kategori terbuka pada awalnya disertai kira-kira 30 orang sahaja tetapi semakin hari semakin bertambah dan kini melebihi 50 kakitangan.

"Oleh kerana sambutan yang baik, program ini akan diteruskan membabitkan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri lain tetapi di tempat bersesuaian dengan lokasi kerja masing-masing," katanya.

[caption id="attachment_348252" align="aligncenter" width="500"] Dr Siti Mariah. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini pada aktiviti mingguan SLIM Selangor di Foyer, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Siti Mariah berkata, program ini dirangka bagi memastikan warga kerja Setiausaha Kerajaan Negeri dapat mengamalkan gaya hidup sihat.

Katanya, aktiviti senaman bagi kategori terbuka diadakan setiap Rabu dan dihadiri penjawat awam Selangor.

Manakala bagi kategori khas, Katanya, cabaran mengurangkan berat badan pula dilangsungkan pada Selasa dan Khamis.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.