AGENDA

MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Podul

28 Ogos 2019, 12:18 AM
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Podul

KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Podul) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu boleh menyebabkan berlakunya angin kencang dan laut bergelora dan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 1,196 km ke timur laut Kudat, Sabah.

"Berdasarkan pencerapan pada 8 malam tadi, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 140 km ke Tenggara Luzon, Filipina dan sedang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 35 km sejam," katanya.

Menurut kenyataan itu, kelajuan angin ribut tropika berkenaan boleh mencapai sehingga 65 km sejam.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.