ad
AGENDA

Dr Siti Hasmah keracunan makanan ringan

26 Ogos 2019, 3:44 PM
Dr Siti Hasmah keracunan makanan ringan

PETALING JAYA, 26 OGOS: Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dilaporkan mengunjungi sebuah hospital selepas mengalami keracunan makanan ringan.

"Beliau agak kurang sihat disebabkan keracunan makanan ringan," kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini dipetik The Star Online.

Maklumbalas itu diberi merujuk pertanyaan media berhubung kenyataan di Facebook yang menyatakan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad berusia 93 tahun itu dikejarkan ke sebuah hospital swasta.

Bagaimanapun, kenyataan terbabit dikeluarkan selepas itu.

Mengulas lanjut, seorang pegawai PMO berkata, "Beliau ke sana. Kini sedang berehat".

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.