AGENSI

UNISEL sempurnakan ibadah korban

14 Ogos 2019, 10:24 AM
UNISEL sempurnakan ibadah korban

SHAH ALAM, 14 OGOS: Universiti Selangor (UNISEL) mengorbankan lima ekor lembu di Masjid UNISEL, Kampus Bestari Jaya, di sini, hari ini.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, seekor lembu disumbangkan dari Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Manakala, katanya, empat ekor lembu pula hasil sumbangan penyertaan kakitangan dan ahli kariah Masjid UNISEL.

"Program korban ini diadakan secara tahunan sempena meraikan perayaan Aidiladha yang disambut seluruh umat Islam baru-baru ini.

"Selain program korban, turut diadakan majlis Aqiqah peringkat universiti. Majlis berjalan lancar dan sentiasa mendapat sambutan dari tahun ke tahun," katanya menerusi kenyataan di Facebook UNISEL.

Terdahulu, daging korban terbabit diagihkan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman kepada peserta program, kakitangan asnaf UNISEL dan fakir miskin Rumah Pangsa Puchong.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.