BERITA UTAMA

Mayat Nora Anne dibedah siasat hari ini

14 Ogos 2019, 12:33 AM
Mayat Nora Anne dibedah siasat hari ini

SEREMBAN, 14 OGOS: Siapa sangka kehilangan remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, selama 10 hari berakhir dengan penemuan jasadnya di dalam hutan yang terletak

dalam jarak kira-kira 2 kilometer dari tempat penginapan keluarganya di pusat peranginan di The Dusun, Pantai Hill, Nilai.

Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata,, mayat gadis itu  disahkan oleh ibu bapa mangsa, Sebastian Matie dan Maebh

Quoirin di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Menurut beliau, pagi ini sekitar pukul 10 pagi, mayat Nora Anne akan melalui proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian mangsa dan bila mangsa meninggal

dunia.

Kehilangan Nora Anne sejak 4 Ogos lalu menarik perhatian seluruh masyarakat negara kerana dalam tempoh tersebut misi mencari gadis itu tidak menemui sebarang

pertunjuk mengenai kedudukannya.

Kisah Nora Anne sudah tentu tidak akan berakhir hanya setakat penemuan jasadnya tetapi ramai yang ingin mengetahui antaranya bagaimana gadis berkenaan memasuki kawasan

hutan sebegitu.

Turut menimbulkan tanya tanya bagaimana operasi selama 10 hari itu sukar menemui kedudukan mangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.