ad
PILIHAN MINGGUAN

PAKATAN Selangor kekal sokong kepimpinan Amirudin

8 Ogos 2019, 12:47 PM
PAKATAN Selangor kekal sokong kepimpinan Amirudin
PAKATAN Selangor kekal sokong kepimpinan Amirudin

SHAH ALAM, 8 OGOS: Pakatan Harapan (PAKATAN) Selangor kekal menyokong kepimpinan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, sekali gus menafikan dakwaan pentadbiran Kerajaan Negeri sedang tergugat.

Setiausaha PAKATAN Selangor, Borhan Aman Shah berkata, semua parti komponen parti itu turut menolak sekeras-kerasnya khabar angin berhubung usaha menggantikan Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim.

“PAKATAN Selangor menzahirkan sokongan padu dan sepenuh keyakinan terhadap Amirudin sebagai Dato’ Menteri Besar dan Pengerusi PAKATAN negeri.

“Sokongan dan keyakinan ini juga ditujukan kepada pentadbiran beliau yang berkeupayaan memimpin Selangor ke satu aras kemajuan lebih tinggi, sekali gus menjamin kemaslahatan rakyat di negeri ini,” katanya.

[caption id="attachment_343085" align="alignleft" width="453"] Borhan Aman Shah[/caption]

Beliau berkata demikian ketika membacakan kenyataan bersama pada sidang media selepas Mesyuarat PAKATAN Dwibulanan kali ketiga di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar.

Pada masa sama, Borhan berkata, desas-desus yang ditimbulkan mutakhir ini disifatkan sebagai agenda jahat untuk memecahkan keharmonian PAKATAN Selangor.

“Desas-desus ini mempunyai agenda jahat daripada musuh politik bagi memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian dalam PAKATAN Selangor.

“Kami sepakat meneruskan gerak kerja dalam melaksanakan agenda untuk manfaat rakyat dan Negeri Selangor Darul Ehsan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.