ad
AGENSI

Tengku Permaisuri Selangor terima kunjungan LKPI Klang

2 Ogos 2019, 11:02 AM
Tengku Permaisuri Selangor terima kunjungan LKPI Klang
Tengku Permaisuri Selangor terima kunjungan LKPI Klang
Tengku Permaisuri Selangor terima kunjungan LKPI Klang

SHAH ALAM, 2 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menerima menghadap delegasi dari Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor daerah Klang, hari ini.

Pejabat Istana Selangor melalui kenyataan berkata, kunjungan itu diwakili penaungnya yang juga adinda DYMM Sultan Selangor, Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

"Baginda kemudian berkenan menerima menghadap Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Orang Kurang Upaya Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan yang diwakili Presidennya, Datin Fauziah Idris.

"Tengku Permaisuri adalah Penaung Diraja kepada persatuan berkenaan," kata kenyataan itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.